BENTONG. 3 Februari 2021 Bersamaan 21 Jamadilakhir 1442 Hijrah – Sumbangan bantuan barangan makanan dihantar untuk keperluan kakitangan Penjara Bentong berserta keluarga mereka berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di penjara dan kuarters kakitangannya.

Bantuan barangan makanan berjumlah RM30 ribu oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang bagi menyantuni 423 buah keluarga melibatkan 3,000 isi rumah yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dalam tempoh PKPD dilaksanakan. Penghantaran bantuan diketuai oleh Yang Berusaha Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi), Dr. Asmadi bin Abdul Rahman bersama beberapa kakitangan MUIP.

Yang Amat Berhormat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) memaklumkan bahawa PKPD dilaksanakan bermula 25 Januari sehingga 8 Februari susulan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak dalam kalangan tahanan.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content