PEKAN, 25 November 2020- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah berkenan untuk membuat sesi beramah mesra bersama kakitangan-kakitangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Dalam sesi “ lawatan mengejut” ini, baginda berkenan untuk bertanya khabar dan mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan kerja semasa bagi setiap kakitangan di ibu pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content