KUANTAN. 30 Oktober 2020 Bersamaan 13 Rabiulawal 1442 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat bercemar duli melawat 86 buah rumah mangsa kejadian ribut di Indera Mahkota 2, hari ini.

Kunjungan baginda menyantuni mangsa bencana mencerminkan keperibadian serta keprihatinan KDYMM Pemangku Raja Pahang terhadap bencana yang menimpa rakyatnya. Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa bencana bagi meringankan beban demi kelangsungan hidup mereka. Baginda yang juga merupakan Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah berkenan meluluskan Bantuan Bencana Zakat MUIP kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Mengiringi baginda, Pegawai Daerah Kuantan, Yang Mulia Tengku Dato’ Nor Asmaliza binti Ku Lah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Yang Hormat Dato’ Hamdan bin Hussin dan Setiausaha MUIP, Yang Hormat Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain.
Kejadian bencana ribut kira-kira jam 8 malam tadi menyebabkan bahagian atas rumah mangsa tidak boleh digunakan buat sementara waktu disebabkan atap tercabut akibat angin kencang.

Wartawan : Safura
Foto : HFaiz

Carta Organisasi Majlis
Skip to content