BERA. 1 Oktober 2020 Bersamaan 13 Safar 1442 Hijrah –Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah meluluskan Bantuan Zakat Bencana sebanyak RM 2400.00 melibatkan 5 buah keluarga dari Kampung Paya Panjang.

Dalam kejadian pada petang 23 September lalu kira-kira jam 4.30 petang itu, sebanyak 5 buah rumah jenis kayu rosak di beberapa bahagian terutamanya melibatkan atap rumah yang diterbangkan angin ribut.

Rumah mangsa yang terlibat adalah milik Mazlan Bin Jusoh (39), Zulhaidi Bin Ibrahim (37), Mohd Azlan Bin Mat Yup (39), Dulhadi Bin Salim (79) dan Muhamad Farid Najdi Bin Sufian (29).
Semoga dengan Bantuan Zakat dari MUIP ini dapat meringankan sedikit bebanan mangsa.

Oleh : Hadijah

Carta Organisasi Majlis
Skip to content