PEKAN. 8 Julai 2020 bersamaan 16 Zulkaedah 1441 Hijrah – Majlis Mengadap KDYMM Pemangku Raja Pahang Bersama Institusi Agama Islam Negeri Pahang pada petang ini berlangsung di Dewan Syarahan, Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat dengan diiringi paduka kakanda, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Terlebih dahulu, baginda bercemar duli berangkat ke Majlis Mengadap KDYMM Pemangku Raja Pahang Bersama Pegawai Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang diadakan di sini pagi tadi.

Majlis mengadap melibatkan enam institusi agama Islam di negeri ini bertujuan memperkemaskan perhubungan pentadbiran di antara institusi agama iaitu Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Jabatan Mufti Negeri Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang, Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang dan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ).

Hadir sama, Yang Berhormat Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman, Yang Amat Arif Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Md Yunos, Ketua Hakim Syarie, Tuan Haji Abu Kasim bin Pilus, Ketua Pendakwa Syarie, Yang Hormat Dato’ Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha, Pengarah JAIP, Yang Hormat Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain, Setiausaha Majlis Ugama Islam Pahang, Yang Hormat Dato’ Haji Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan PKZ, Al-Fadhil Qadhi-Qadhi serta pegawai-pegawai institusi yang berkenaan.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content