KENYATAAN MEDIA RESOLUSI MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK NEGERI PAHANG BIL 4/2020
Muatturun Dokumen : Kenyataan Media

Menjunjung Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah dengan ini diperkenankan sebagaimana berikut :

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bilangan 4 tahun 2020 yang telah bersidang pada 11 Jun 2020.  Mesyuarat  tersebut telah memutuskan bersetuju supaya keputusan sepertimana Resolusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang diambil dan akan mula dilaksanakan pada tarikh 1 Julai 2020 (Hari Rabu).

 Resolusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 4/2020 adalah sepertimana berikut :

1. Pelaksanaan Solat Jumaat :

a) Solat Jumaat dibenarkan dilaksanakan dengan kehadiran jemaah seramai 40 orang atau lebih mengikut kapasiti masjid yang boleh menampung kehadiran jemaah pada satu-satu masa.

b) Bagi masjid yang berkeluasan agak terhad disebabkan dengan penjarakkan sosial yang dibuat, maka masjid dibenarkan untuk menggunakan ruang legar, koridor atau dataran dengan menyediakan khemah atau kanopi bagi membolehkan seramai mungkin jemaah dapat menunaikan solat.

c) Kemudahan fasiliti masjid yang terhad sebelum ini boleh digunakan dengan lebih luas hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan serta memberikan kemudahan dan keselesaan Jemaah  seperti penghawa dingin, kipas dan lain-lain.

2. Solat Fardhu Berjemaah :

a)Solat fardhu di masjid dan surau adalah dibenarkan mengikut kapasiti yang boleh ditampung oleh masjid dan surau dalam satu-satu masa.

b)Jemaah wanita dibenarkan hadir menunaikan solat fardhu berjemaah di masjid dan surau di tempat yang dikhaskan.

3. Aktiviti Keagamaan Dan Kemasyarakatan :

a) Sebarang bentuk aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid dan surau boleh dilaksanakan kecuali aktiviti yang disenaraikan dalam aktiviti yang dilarang seperti kenduri, gotong-royong dan seumpamanya.

b) Aktiviti kuliah maghrib dan subuh boleh diadakan dengan dihadkan masa pengajian iaitu;

i) Kuliah maghrib diadakan selepas solat dan ditamatkan apabila masuknya waktu isyak.

ii) Kuliah subuh dibuat selepas solat subuh dalam tempoh tidak melebihi 30 minit.

4. Ruang Khas Solat Musafir :

a) Masjid dan surau hendaklah menyediakan ruang khas untuk orang yang bermusafir yang hendak menunaikan solat ketika dalam perjalanan.

b) Kemudahan tandas dan tempat wuduk hendaklah disediakan bagi  kemudahan kepada mereka bermusafir atau sesiapa sahaja untuk singgah menunaikan solat.

5. Azan Solat :

a) Lafaz azan hendaklah dikumandangkan seperti biasa.

b) Azan waktu subuh dilaungkan 2 kali seperti yang diamalkan sebelum ini sebagai pemberitahuan awal kepada masyarakat.

6. Akad Nikah :

a) Majlis akad nikah boleh dilaksanakan di masjid, surau, rumah kediaman atau mana-mana premis dengan mengikut SOP yang ditetapkan.

7. Ibadah Korban :

a) Ibadah korban boleh dilaksanakan di masjid dan surau, rumah sembelihan dibawah kelolaan jabatan vaterinar atau rumah sembelihan ruminan swasta yang dilesenkan dengan membuat permohonan dan mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa agama.  

8. Had Umur :

a) Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan hadir ke masjid dan surau.

b) Mereka yang berusia 12 tahun ke atas mestilah sihat dan tiada simptom covid-19 dibenarkan hadir ke masjid dan surau untuk solat atau mengikuti aktiviti agama yang lain.

Lima garis panduan berkaitan Resolusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang akan digunapakai di Negeri Pahang sepertimana berikut :

1. Garis Panduan Pelaksanaan Solat Jumaat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19 di Negeri Pahang. 

Muatturun Dokumen : Garis Panduan

2. Garis Panduan Pengurusan Jenazah (Bukan Jenazah Covid-19) Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19 di Negeri Pahang. 

Muatturun Dokumen : Garis Panduan

3. Garis Panduan Solat Fardhu Berjemaah Di Masjid Dan Surau Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19 di Negeri Pahang. 

Muatturun Dokumen : Garis Panduan

4. Garis Panduan Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19 di Negeri Pahang. 

Muatturun Dokumen : Garis Panduan Di Masjid

Muatturun Dokumen : Garis Panduan Di Rumah

5. Garis Panduan Pelaksanaan lbadah Korban Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19 di Negeri Pahang. 

Muatturun Dokumen : Borang SOP Korban

Muatturun Dokumen : SOP Korban

Carta Organisasi Majlis
Skip to content