13 JANUARI 2020 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah Shah telah mencemar duli melawat Pejabat dan Kakitangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Baginda telah meluangkan masa selama hampir 1 jam untuk melawat kawasan sekitar pejabat dan beramah mesra bersama kakitangan MUIP.
Semasa lawatan ini juga, baginda turut berkesempatan mempelajari penggunaan sistem bantuan zakat MUIP yang merupakan sistem bagi menyemak permohonan dan bantuan zakat pemohon yang dipohon melalui borang zakat BBM 96 (pin. 2018) serta baginda turut diberikan sedikit informasi berkaitan bantuan zakat fakir dan miskin.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content