PEKAN 9 Jun 2022- Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Baitulmal dan Operasi MUIP, YBrs. Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman telah diberikan pendedahan berkenaan Portal Pekerjaan Kebangsaan “MYFutureJobs’ oleh wakil Pertubuhan Keselematan Sosial (PERKESO) Cawangan Kuantan. Taklimat yang berlangsung selama 1 jam ini banyak memberi pendedahan berkenaan portal pencarian pekerjaan untuk disebarluaskan manfaatnya kepada anak-anak asnaf yang sedang dalam proses mendapatkan pekerjaan.

PERKESO telah diwakili oleh Encik Muhammad Faris Bin Ahmad Fauzani, Ketua Zon Perkhidmatan Pekerjaan Negeri Pahang, Encik Ahmad Farhan Asyraf bin Abu Bakar, Pegawai Perkhidmatan Majikan dan Puan Syazwani Binti Mohd Tajudin, Pengurus Kes Perkhidmatan Pekerjaan. Pihak MUIP menyokong dengan perlaksanaan program ini dan akan berganding bahu bersama-sama pihak PERKESO dalam menyampaikan manfaat portal pencarian pekerjaan ini dalam sesi-sesi taklimat anjuran MUIP.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content