BERA, 15 April 2022 : Selepas Kuantan dan Temerloh, kini daerah Bera menjadi destinasi seterusnya buat KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merangkap Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang bercemar duli merasmikan Masjid Baharu Kg.Mengkarak yang diberi nama Masjid Al-Muttaqin.

Kebawah Duli Tuanku turut meraikan lebih 100 orang asnaf di sekitar daerah Bera dan berkenan untuk berbuka puasa bersama-sama dengan mereka dan tetamu jemputan yang lain. Turut diraikan ialah 10 orang pelajar yang terpilih untuk menerima komputer riba sumbangan daripada Tabung Haji.

Turut hadir bersama, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Salehuddin bin Ishak, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP dan beberapa tetamu jemputan yang lain.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content