PEKAN 30 Mei 2022- Majlis Ugama Islam dan Adat Resam telah melaksanakan satu Program Hari Bertemu Pelanggan yang berlangsung di Dewan Syarahan, Kompleks Sultan Haji Ahmad Shah pada hari ini. Program ini yang berlangsung selama 3 jam telah dihadiri lebih 50 orang Penghulu dari Daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran serta Ahli Jawatankuasa Masjid di Daerah Pekan.

Program yang dilaksanakan adalah bagi memberi pendedahan kepada golongan sasar berkenaan fungsi-fungsi MUIP dan taklimat berkenaan Skim Bantuan Agihan Zakat MUIP. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Ustaz Muhammad Hafidz Bin Abdul Halim, Pengarah Bahagian Agihan Zakat, dan sesi taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Azri bin Salehudin serta Ustaz Muhammad Nasrul Hakim bin Mat Daud dan turtu dibantu oleh Ustaz Muhammad Hilmy bin Muhammad Khalil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carta Organisasi Majlis
Skip to content