KUANTAN, 24 MAC 2021: Hujan lebat berterusan hampir 2 hari telah mengakibatkan kemusnahan di bahagian rumah beberapa penduduk di Kg. Batu Hitam dan Sungai Karang. Musibah yang terjadi telah mendapat perhatian KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Yang Di-Pertua MUIP.

Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah mewakili Baginda ke Balai Raya Kg. Batu Hitam bagi menghulurkan sumbangan.

Turut mengiringi bersama YBrs. Dr. Haji Asmadi bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal & Operasi) MUIP dan YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza bt Ku Lah, Pegawai Daerah Kuantan di lokasi tersebut. Semoga keluarga-keluarga ini kekal tabah dan cekal dalam menhadapi musibah yang menimpa ini.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content